Pakej Rombongan Sekolah Homestay Kesidang di Melaka

Mahsul Sejahtera
0

Homestay Kesidang menyediakan penginapan untuk rombongan samada rombongan sekolah atau apa-apa sahaja rombongan di Melaka. Sekiranya ada sekolah-sekolah atau sesiapa sahaja yang memerlukan homestay untuk rombongan di Bandar Melaka atau di bandar Hilir, Homestay Kesidang di Bandar Melaka bersedia untuk memenuhi keperluan anda. Kami berharap dapat membantu cikgu-cikgu yang memerlukan homestay ketika membawa anak-anak murid mengikuti rombongan sekolah ke Melaka.

Rombongan di Kesidang

Deposit:
DEPOSIT* : RM100.00 
BAKI : Dijelaskan ketika CHECK IN

* Pelanggan yang telah booking tarikh adalah tertakluk dalam konsep Syariah "Hamish al-Jiddiyah" (هامش Ø§Ù„جدية). Sekiranya pelanggan membatalkan tempahan, deposit dikira hangus. Sebarang pertukaran tarikh tertakluk kepada kekosongan.

* Harap maklum bahawa anda hanya dikira booking sekiranya telah membuat deposit. Tanpa deposit, booking anda hanya dikira sebagai pertanyaan.

Tempahan: Untuk membuat tempahan boleh hubungi 
  • Muhalith di Tel/whatsapp - 017-9527363 / 019-6507363
  • Jamaliah di tel/whatsapp - 017-6737363
Pakej penginapan terdiri dari:
  • 2 unit rumah hometay.
    -   Kesidang Moon 4 bilik tidur 3 bilik air 2, aircond.
    -   Kesidang Lia 3 bilik tidur 2 bilik air 2, aircond.
    Amat sesuai sekiranya rombongan mengandungi murid lelaki dan perempuan. Satu rumah untuk murid lelaki dan satu rumah untuk murid perempuan.
  • Rumah terletak berhampiran (dapur bertemu dapur)
  • Ruang tamu di depan dan ruang keluarga di tengah serta ruang makan di belakang
  • Toto dan bantal extra disediakan.
  • Setiap rumah dilengkapi dengan 2 unit pendingin hawa dan satu bilik kipas.
  • Maksimum satu rumah termasuk guru adalah seramai 20 orang.
Kesidang Moon
Kesidang Lia

Di Hadapan Homestay

Di hadapan Homestay

Lokasi Homestay

Tempat-tempat menarik di Melaka berhampiran homestay:
  • kira-kira 3 km ke  River Cruise Taman Rempah dan Bazar Ramadhan Hang Tuah Mall, UiTM Bandaraya, UTEM City Campus, Kolej Profesional Mara, MiCOST,
  • kira-kira 3 km ke Melaka Sentral, TESCO, Mydin, AEON Bandaraya dan Bazar Ramadhan Taman Cempaka
  • kira-kira 3.5 km ke Putra Specialist Hospital dan The Shore
  • kira-kira 5-6 km ke Bandar Hilir, Kota A Famosa, Menara Taming Sari, Dataran Pahlawan, Muzium Samudera, Replika Istana Kesultanan Melaka, Stadthuys, 
  • 8 km ke Masjid Selat di Pulau Melaka
  • kira-kira 12 km ke medan ikan bakar Alai
  • kira-kira 7 km ke Dataran 1 Malaysia
  • kira-kira 10 km ke pantai Puteri
  • kira-kira 5 km ke Masjid Al Azim dan Hospital Besar Melaka
  • kira-kira 6 km ke Stadium Tun Fatimah
  • 12 km ke MITC, Planetarium, Melaka International Bowling Center, Masjid Al Alami MITC, Menara Persekutuan, Wisma Persekutuan
  • 14 km ke Melaka Wonderland Water Theme Park, Ayer Keroh, Zoo Melaka, Taman Mini Malaysia dan Mini Asean, Muzium Orang asli.
  • 15 km dari tol Ayer Keroh

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Catat Ulasan (0)
To Top